LATAR BELAKANG
PENUBUHAN

YAYASAN DIGITAL MALAYSIA (YDM) telah ditubuhkan pada 6 MEI 2021 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan yang bebas, tidak berasaskan keuntungan, dan diurus tadbir sepenuhnya oleh ahli-ahli lembaga pemegang amanah yang dilantik.
Tujuan asas penubuhan YAYASAN DIGITAL MALAYSIA (YDM) adalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang memberi penekanan kepada
Pendigitalisasian Masyarakat, Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan kepada masyarakat sekitar khasnya buat mereka yang kurang berkemampuan dan berada di paras miskin bandar.
Ahli lembaga pemegang amanah bagi YAYASAN DIGITAL MALAYSIA (YDM) terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai pengalaman dalam bidang ICT dan adaptasi teknologi terkini yang bertepatan dengan misi utama yayasan yakni mendigitalisasikan komuniti. Ahli-ahli lembaga yang dilantik mempunyai tanggungjawab untuk mentadbir dan memastikan aktivitiaktiviti berteraskan komuniti digital yang dirangka berupaya dijayakan sebaiknya.
YAYASAN DIGITAL MALAYSIA (YDM) yakin dan percaya bahawa komuniti digital mampu dibentuk sepenuhnya apabila pendidikan dan kemahiran yang bertepatan diberikan sewajarnya.
YAYASAN DIGITAL MALAYSIA (YDM) berhasrat untuk kekal aktif dalam menyediakan pelbagai bantuan serta kemudahan prasarana digital dalam usaha membina digital community seterusnya berupaya menaiktaraf kualiti kehidupan menerusi pemberian pendidikan dan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian kepada segenap lapisan masyarakat yang memerlukan.